http://mydiped2001.tripod.com/etikaguru.htm
Sebenarnya kod etika pada suatu
kerjaya adalah sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional, ilmiah dan aqidah yang
harus dimiliki oleh seorang pengamal untuk berjaya dalam kerjayanya. Lebih ketara lagi ciri-ciri ini jelas pada
kerjaya keguruan. Dari segi pandangan
Islam, maka agar seorang muslim itu berjaya menjalankan tugas yang dipikulkan
kepadanya oleh Allah S.W.T pertama sekali dalam masyarakat Islam dan seterusnya
di dalam masyarakat antarabangsa maka haruslah guru itu memiliki sifat-sifat yang
berikut:
1.
Bahawa tujuan, tingkah laku dan pemikirannya mendapat bimbingan Tuhan
(Rabbani), seperti disebutkan oleh surah Al-imran, ayat 79,
"Tetapi jadilah kamu
Rabbani (mendapat bimbingan Tuhan)".
2.
Bahawa ia mempunyai persiapan ilmiah, vokasional dan budaya menerusi ilmu-ilmu
pengkhususannya seperti geografi, ilmu-ilmu keIslaman dan kebudayaan dunia
dalam bidang pengkhususannya.
3.
Bahawa ia ikhlas dalam kerja-kerja kependidikan dan risalah Islamnya dengan
tujuan mencari keredhaan
Allah S.W.T dan
mencari kebenaran serta melaksanakannya.
4.
Memiliki kebolehan untuk mendekatkan maklumat-maklumat kepada pemikiran
murid-murid dan ia bersabar untuk menghadapi masalah yang timbul.
5.
Bahawa ia benar dalam hal yang didakwahkannya dan tanda kebenaran itu ialah
tingkah lakunya sendiri, supaya dapat mempengaruhi jiwa murid-muridnya dan
anggota-anggota masyarakat lainnya.
Seperti makna sebuah hadith Nabi S.A.W,
"Iman
itu bukanlah berharap dan berhias tetapi meyakinkan dengan hati dan membuktikan
dengan amal".
6.
Bahawa ia fleksibel dalam mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran dengan
menggunakan kaedah yang sesuai bagi suasana tertentu. Ini memerlukan bahawa guru dipersiapkan dari
segi professional dan psikologikal yang baik.
7.
Bahawa ia memiliki sahsiah yang kuat dan sanggup membimbing murid-murid ke arah
yang dikehendaki.
8.
Bahawa ia sedar akan pengaruh-pengaruh dan trend-trend global yang dapat
mempengaruhi generasi dan segi aqidah dan pemikiran mereka.
9.
Bahawa ia bersifat
adil terhadap murid-muridnya, tidak pilih
kasih, ia mengutamakan yang benar.
Seperti makna firman Allah S.W.T dalam surah al Maidah ayat ke 8,
"Janganlah kamu terpengaruh oleh keadaan
suatu kaum sehinga kamu tidak adil. Berbuat adillah, sebab itulah yang lebih
dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada
Allah, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat".
Inilah sifat-sifat terpenting yang
patut dipunyai oleh seorang guru Muslim di atas mana proses penyediaan
guru-guru itu harus dibina.
Buku-buku pendidikan telah juga
memberikan ciri-ciri umum seorang guru, ciri-ciri itu tidak terkeluar dan
sifat-sifat dan aspek-aspek berikut:
- Tahap pencapaian ilmiah
- Pengetahuan umum dan keluasan bacaan
- Kecerdasan dan kecepatan berfikir
- Keseimbangan jiwa dan kestabilan emosi
- Optimisme dan entusiasme dalam pekerjaan
- Kekuatan sahsiah
- Memelihara penampilan(mazhar)
- Positif dan semangat optimisme
- Yakin bahawa ia mempunyai risalah(message)
Dari huraian di atas jelaslah bahawa
seorang guru Muslim memiliki peranan bukan sahaja di dalam sekolah, tetapi juga
diluarnya. Oleh yang demikian
menyiapkannya juga harus untuk sekolah dan untuk luar sekolah. Maka haruslah penyiapan ini juga dipikul
bersama oleh institusi-institusi penyiapan guru seperti fakulti-fakulti
pendidikan dan maktab-maktab perguruan bersama-sama dengan masyarakat Islam
sendiri, sehingga guru-guru yang dihasilkannya adalah guru yang soleh, membawa
perbaikan (muslih), memberi dan mendapat petunjuk untuk menyiarkan
risalah pendidikan Islam. Petunjuk (hidayah) Islam di dalam dan di luar adalah
sebab tujuan pendidikan dalam Islam untuk membentuk generasi-generasi umat
Islam yang memahami dan menyedari risalahnya dalam kehidupan dan melaksanakan
risalah ini dengan sungguh-sungguh dan amanah dan juga menyedari bahawa mereka
mempunyai kewajipan kepada Allah S.W.T dan mereka harus melaksanakan tugas itu
dengan sungguh-sungguh dan ikhlas.
Begitu juga mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggung jawab, maka
mereka menghadapinya dengan sabar, hati-hati dan penuh prihatin. Begitu juga
mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakatnya, maka
mereka melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah, professionalisme dan
kecekalan. Dengan demikian umat Islam akan mencapai cita-citanya dalam
kehidupan dengan penuh kemuliaan, kekuatan, ketenteraman dan kebanggaan. Sebab
Allah S.W.T telah mewajibkan kepada diriNya sendiri dalam surah al-Nahl ayat ke
97,
"la tidak akan
mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik"
Setelah berpanjang lebar tentang kod
etika keguruan dalam pandangan pendidikan Islam, marilah kita tutup bahagian
ini dengan suatu misal atau model yang menjamin bahawa bila dilaksanakan dengan
sungguh-sungguh dan penuh ketekunan maka masyarakat akan hidup bahagia dan
individu-individu dan kumpulan-kumpulan akan hidup dengan tenteram. Model ini tergambar dalam firman Allah S.W.T
yang bermaksud,
"Katakanlah(wahai
Muhammad) marilah aku bacakan apa yang dihararamkan kepadamu oleh Tuhanmu.
Hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Janganlah kamu membunuh
anak-anakmu kerana takut kemiskinan, sebab Kamilah yang memberi mereka dan kamu
rezeki. Jangan kamu mendekati perkara-perkara buruk yang terang-terangan dan
yang tersembunyi. Jangan kamu membunuh diri yang dihararamkan kamu membunuhnya
kecuali dengan kebenaran, itulah wasiat Allah kepadamu, mudah-mudahan kamu
berakal. Jangan kamu mendekati harta anak yatim kecuali untuk yang lebih baik
sehinggalah ia dewasa. Sempumakanlah ukuran dan timbangan dengan adil. Allah
tidak memberi beban seseorang kecuali yang disanggupinya. Jika kamu berkata,
maka berbuat adillah walaupun kepada sanak saudara. Sempurnakanlah janjimu kepada
Allah. Itulah pesanNya bagimu, mudah-mudahan kamu ingat. Sungguh inilah jalanKu
yang lurus, maka ikutilah olehmu, jangan kamu ikut jalan-jalan lain nescaya
kamu bercerai-berai dari jalanNya. Itulah pesanNya bagimu, mudah-mudahan kamu
bertaqwa ”
Ayat-ayat ini mengandungi sepuluh
perakuan(wasaya) penting dalam kehidupan individu dan kumpulan-kumpulan Islam
dan kemanusiaan. Ia merupakan
perlembagaan Ilahi dalam pendidikan dan bimbingan akhlak dan sosial yang
intinya adalah sebagai berikut;
- Jangan mensyarikatkan Allah S.W.T.
- Berbuat baik kepada ibu bapa.
- Jangan membunuh anak kerana takut miskin.
- Jangan mendekati perkara-perkara buruk.
- Jangan membunuh manusia.
- Jangan mendekati harta anak-anak yatim.
- Sempurnakanlah timbangan dan ukuran dengan adil.
- Tidak boleh dibebani seseorang lebih dari kemampuannya.
- Berbuat adillah dalam berkata-kata walaupun pada kaum kerabat.
- Sempumakanlah janjimu dengan Allah S.W.T.
Selepas huraian tentang kod
etika dalam keguruan, marilah kita bahas tentang penghayatan dan pengamalan
nilai.
Penghayatan dan Pengamalan Nilai-Nilai
Penghayatan
Masalah penghayatan
(internalization) sesuatu perkara berlaku bukan hanya pada pendidikan agama
saja tetapi pada aspek pendidikan, pendidikan pra-sekolah, pendidikan sekolah,
pengajian tinggi, pendidikan latihan perguruan dan lain-lain. Sebab adalah
terlalu dangkal kalau pendidikan itu hanya ditujukan untuk memperoleh ilmu
(knowledge) dan ketrampilan (skill) saja tetapi yang lebih penting dari itu
semua adalah penanaman sikap (attitude) yang positif pada diri pendidik
terhadap hal yang menjadi tumpuan pendidikan.
Pendidikan ilmu (knowledge) terutama yang berkenaan dengan fakta-fakta
dan ketrampilan tidaklah terlalu rumit sebab tidak terlalu banyak melibatkan
nilai-nilai. Tetapi sebaliknya
pendidikan sikap di mana terlibat nilai-nilai yang biasanya berasal dari
cara-cara pemasyarakatan yang diperoleh oleh kanak-kanak semasa kecil, apa lagi
kalau objek pendidikan itu memang adalah nilai-nilai yang tidak dapat dinilai
dengan betul atau salah tetapi dengan baik atau buruk, percaya atau tidak
percaya, suka atau tidak suka dan lain-lain lagi. Dalam keadaan terakhir ini
pendidikan tidak semudah dengan pendidikan fakta atau ketrampilan.
Pendidikan nilai-nilai, yang
selanjutnya kalau diulang-ulang sebab diteguhkan akan berubah menjadi
penghayatan nilai-nilai, mempunyai syarat-syarat yang berlainan dengan
pendidikan fakta-fakta ketrampilan.
- Pertama sekali nilai itu mestilah mempunyai model. Yang bererti tempat di mana nilai itu melekat supaya dapat disaksikan bagaimana nilai-nilai itu beroperasi. Ambillah suatu nilai seperti kejujuran. Nilai ini bersifat mujarrad(abstract), jadi tidak dapat diraba dengan pancaindera. Tidak dapat dilihat dengan mata, rupanya bagaimana. Tidak dapat dicium baunya, harum atau busuk dan sebagainya. Pendeknya, supaya nilai yang bernama kejujuran itu dapat disaksikan beroperasi maka ia harus melekat pada suatu model, seorang guru, seorang bapa, seorang kawan dan lain-lain. Kalau model tadi dapat mencerminkan nilai-nilai yang disebut, kejujuran itu pada dirinya, maka kejujuran itu boleh menjadi perangsang. Itu syarat pertama. Syarat yang kedua kalau kejujuran itu dapat menimbulkan peneguhan pada diri murid-murid maka ia akan dipelajari, ertinya diulang-ulang dan kemudian berubah menjadi penghayatan. Syarat kedua agak rumit sedikit, sebab selain daripada nilai kejujuran itu sendiri, juga model tempat kejujuran itu melekat diperlukan berfungsi bersama untuk menimbulkan peneguhan itu. Dengan kata-kata yang lebih sederhana, seorang guru atau ibu yang mengajarkan kejujuran kepada murid atau anaknya, haruslah ia sendiri lebih dahulu bersifat jujur, kalau tidak maka terjadi pertikaian antara perkataan dan perbuatan. Dalam keadaan terakhir ini, guru sebagai perangsang(stumulus) telah gagal sebagai model, sebab ia tidak akan memancing tingkahlaku kejujuran dan murid-muridnya.
- Oleh sebab model tempat melekatnya nilai-nilai yang ingin diajarkan kepada murid-murid adalah manusia biasa, dengan pengertian dia mempunyai kekurangan-kekurangan, maka nilai-nilai yang akan diajarkan itu boleh menurun nilainya disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada pada model itu, malah ada kemungkinan anak didik mempelajari nilai sebaliknya. Jadi daripada jujur dia menjadi tidak jujur, jika pada model itu timbul sifat-sifat atau tingkah laku yang tidak meneguhkan kejujuran itu. Sebagai misal, ada murid-murid yang benci kepada matematik sebab ia tidak suka kepada guru yang mengajarkan matematik, kalau sikap ini dikembangkan, murid-murid boleh benci kepada semua yang berkaitan dengan matematik, seperti pelajaran sains misalnya. Oleh sebab itu dikehendaki dari guru-guru, terutama pada tingkat-tingkat sekolah dasar agar mereka melambangkan ciri kesempumaan dari segi jasmaniah dan rohaniah. Dengan kata lain syarat penghayatan nilai-nilai sangat bergantung pada peribadi model yang membawa nilai-nilai itu.
- Semua guru, terlepas daripada mata pelajaran yang diajarkannya, adalah pengajar nilai-nilai tertentu. Sebab guru-guru sama ada sedar atau tidak, mempengaruhi murid-muridnya melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan yang sebahagian besarnya termasuk dalam kawasan "kurikulum informal”. Sebagaimana setiap guru, apapun yang diajarkannya, adalah seorang guru bahasa maka setiap guru juga adalah seorang pengajar nilai-nilai. Bila seorang guru memuji seorang murid, maka ia meneguhkan sesuatu tingkahlaku. Bila guru menghukum seorang murid, maka ia menghukum tingkahlaku tertentu. Malah bila guru tidak mengacuhkan seorang murid, maka murid tersebut mungkin merasa bahawa guru tidak menyukai perbuatannya. Ini semua adalah nilai-nilai. Begitu juga dengan pendidikan agama, sebahagian, kalau tidak sebahagian besar, nilai-nilai agama itu sendiri tidak diajarkan oleh guru-guru agama di sekolah, tetapi oleh guru-guru matematik, geografi, sejarah dan lain-lain. Kalau mereka mencerminkan nilai-nilai Islam dalam cara berpakaian, bersopan-santun, beribadat atau dengan kata lain kalau amal mereka mencerminkan nilai-nilai Islam. Malah sebaliknya, mungkin ada setengah-setengah guru-guru agama sendiri tidak menjadi perangsang nilai-nilai Islam itu, kalau tidak menjadi perangsang negatif yang boleh menimbulkan sifat anti-agama pada diri murid-murid, iaitu jika perangai mereka sehari-hari bertentangan dengan nilai-nilai Islam, walaupun mereka sendiri mengajarkan agama. Jadi jangankan menghayati agama, sebaliknya murid-murid semakin menjauhi kalau tidak membenci segala yang berbau agama.
Inilah sebahagian syarat-syarat yang
perlu wujud untuk penghayatan nilai-nilai.
Oleh sebab pendidikan agama merupakan pendidikan ke arah nilai-nilai
agama, maka orientasi pendidikan agama haruslah ditinjau kembali sesuai dengan
tujuan tersebut. Pendidikan agama
sekadar untuk lulus ujian mata pelajaran agama sudah lewat masanya. Orientasi sekarang adalah ke arah
kemasyarakatan yang bermotivasi dan berdisiplin. Ini tidaklah mengesampingkan
bahawa dalam pelajaran agama itu sendiri ada perkara-perkara yang bersifat
fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan. Maka pada yang terakhir ini juga
berlaku kaedah pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan. Tetapi memperlakukan semua pendidikan agama
sebagai pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan saja adalah suatu
kesalahan besar yang perlu diperbaiki dengan segera. Sebab kalau tidak maka suatu masa nanti akan
timbul dalam masyarakat Islam sendiri ahli-ahli agama yang tidak menghayati
ajaran agama atau orang-orang orientalis yang berdiam di negeri-negeri Timur.
Pengamalan
Pengamalan nilai-nilai adalah
kelanjutan daripada penghayatan nilai. Nilai-nilai yang sungguh-sungguh
dihayati akan tercermin dalam amalan sehari-sehari. Sebab penghayatan itu pun
berperingkat-peringkat, mulai dari peringkat yang paling rendah sampai kepada
peringkat tinggi, seperti tergambar pada gambarajah di bawah,
Kelima:
Peringkat Perwatakan
Keempat : Peringkat Organisasi
Ketiga : Peringkat Penilaian
Kedua : Peringkat Gerak balas
Pertama : Peringkat Penerimaan
Bila nilai-nilai itu dihayati
sampai ke peringkat perwatakan maka ia sebati dengan sahsiah dan sukar untuk
diubah dan sentiasa terpancar dalam amalan sehari-hari.
Kesimpulan
Oleh sebab kod etika itu adalah
nilai-nilai maka ia perlu dihayati dan diamalkan, bukan sekadar diketahui dan
dihafalkan. Di situ juga telah
dinyatakan perakuan yang sepuluh (al-Wisaya al-'Asyarah) tentang segala kerjaya
seorang muslim yang tercantum dalam al-Quran (al-An'am: 151-153).





14.48
Miftahur Rohman


0 komentar:
Posting Komentar